(EKSKLUSIF) "Saya Boleh Cakap masih Solo atau Sudah Berkahwin.."- Ibadah Haji Dahulu Telah Membuka Mata Hati Saya Yang Tertutup - Neelofa
Ibadah Haji Dahulu Telah Membuka Mata Hati Saya Yang Tertutup-Neelof Tiada yang boleh diluahkan pengacara dan pelakon popular, Neelofa tentang desas desus yang bertebaran. Apa jua yang diperkata netizen, dia hanya mampu berdiam diri. Sejujurnya, dia tidak menyangka sebegini hebat penangan drama, Suri Hati Mr. Pilot. Cakap sahaja, celah pelusuk mana tidak ditembusi, hati peminat ternyata pantas dicuri. Sementelah, fenomena #LoFattah bagaikan membanjiri laman-laman sosial, video dan gambar kemesraan mereka dikongsi oleh peminat yang masih tidak dapat berganjak daripada fantasi cinta drama tersebut. Mahu tidak mahu, sama ada Neelofa atau Fattah sendiri, mereka tahu ada �harapan� yang menanti. Melihat mereka menyulam cinta bersama dalam dunia sebenar, itu antara doa dan impian peminat. Namun kenyataan �saya masih solo� Neelofa ketika mengacara MeleTop minggu lalu mencetuskan kontroversi. Ada yang melabelkan pengacara ini sebagai hipokrit dan dengan mudah menjatuh hukum kepada gadis berusia...