(TRENDING) " Sebak, Saya Nampak Keluarga Ini 'Shopping' Barang Sekolah Anak Di Kedai Barangan Lusuh Dan Terbuang.. "
Sebak, Saya Nampak Keluarga Ini 'Shopping' Barang Sekolah Anak Di Kedai Barangan Lusuh Dan Terbuang Disebalik kegembiraan anak-anak kita mendapat kelengkapan sekolah baru, ada kita mengeluh terpaksa berhabisan seorang anak sampai RM300. Jika kita rasa kita susah, ketahuilah bahawa diluar sana sebenarnya ramai lagi susah daripada kita, malahan ada yang tidak mampu menyediakan suku pun dari perbelanjaan kita keluarkan. Terbaca admin di laman Facebook tadi, sebuah kisah yang meruntun hati apabila membacanya, kisah diceritakan oleh saudara Shuhaimi Zulkefli di mana beliau telah terjumpa dengan sebuah keluarga yang sedang 'shopping' sakan kelengkapan sekolah anak mereka. Namun, mereka bukanlah membeli belah di pasaraya besar atau di gedung-gedung pakaian ternama, tetapi hanya di sebuah kedai barangan lusuh di mana kebanyakkannya adalah barangan yang sudah dibuang atau dikutip dari tempat longgokan sampah. Jom kita baca. "...Semalam pi kedai barang lusuh kat taman meda...